CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 6 August 2011

HOT TIPS 2

Flash Cards Dan KUASAnya!


Salam hormat buat semua pembaca yang budiman. Semoga anda sihat sejahtera dan dilimpahi rezeki yang diberkati untuk dikongsikan kepada keluarga dan umat Islam yang memerlukan, Amin.. Rasanya masih belum terlambat juga untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa dengan penuh kesabaran n keimanan kepada semua pembaca...

Baiklah, seperti yang dijanjikan di laman facebook RatuIQbabY, Hot Tips 2 akan membincangkan tentang Flash Cards. Jika anda Google Flash Cards, bermacam jenis fcs yang anda akan dapat lihat. Ada yang besar, kecil, ada juga yang disertakan dengan gambar mahupun tanpa gambar. Jika anda Google What is FCS juga anda akan dapat lihat bermacam huraian mengenai FCS ni. So harini saya takkan bercakap panjang tentang pengertian FCS yang anda sendiri dapat search through the internet whenever you feel like. I'll just talk about the FCS and its POWER if you show it to your baby THE RIGHT WAY!

FCS sebenarnya ialah antara alatan yang boleh anda gunakan didalam proses mengajar anak anda. Terdapat pelbagai jenis FCS yang dijual dimarket dengan harga yang berbeza. Selain dari membeli sendiri FCS dimarket, anda boleh juga membuat sendiri dan kos yang digunakan akan menjadi jauh lebih rendah.







Jika  anda singgah ke kedai buku, you could find just a lot of cards that you could've been used to make a FCS for your baby. Anda boleh gunakan kad manila yang bersaiz besar kemudian dipotong menjadi ukuran yang kecil, mungkin sebesar telapak tangan anda atau anda boleh juga menggunakan kertas bersaiz A4 yang kemudiannya dipotong ke 4 bahagian. Yang paling penting, kad-kad yang dipotong mestilah bersaiz sama, jangan buat besar kecik coz its gonna be a little hard for you to show it to your baby. Tentang warna kertas, as for me, i started showing FCS to my baby since she 2 months. And at this age, i believed that colors would helps alot in getting her atttention and stimulating her brain. So i showed the colorful FCS to her until she reached about 9 months. This is when i switched to plain white cards. FCS ni kemudiannya boleh anda kelaskan mengikut group, cth Alphabets, Colors, Animals dan sebagainya. Dan untuk bahagian belakang FCS, yang menghala ke arah anda, buat ayat yang sama anda telah buat di bahagian depan, cuma kecilkan sedikit tulisan, cukup sekadar anda dapat membacanya ketika menunjukkana bahagian depan FCS kepada anak.





Now that you've your cards ready, we will start it right away. Anda boleh mula masa baby rasa selesa, tak lapar, tak haus and tak sleepy.. Bersentuhan dengan baby anda dan mencium atau memeluk mereka sambil mengucapkan,
"Mama got something interesting that we could both do together. Lets learn to read, it going to be so much fun!"

Anda kemudiannya boleh mula menunjukkan FCS tadi kepada baby dengan jarak yang tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh. Cuba tunjukkan FCS seberapa cepat yang boleh, sekitar 1 ke 2 saat. Ini penting ya parents! Tlg ambil perhatian. Sebenarnya semakin laju dan semakin cepat anda menunjukkan FCS kepada baby, otak kanan baby akan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan. Ini secara tidak langsung mengaktifkan dan merangsang penggunaan otak kanan mereka. Apabila kita menunjukkan FCS dengan pantas, otak kanan akan lebih mudah menangkap apa yang ditunjukkan malah proses pembelajaran menggunakan otak kanan ini tidak terbatas dan mampu mengingati sesuatu untuk tempoh yang lama. Ok, stop sampai sini dulu untuk otak kanan supaya tak bercampur dengan TIPS FCS ni. Insya Allah TIPS seterusnya akan saya muatkan tentang OTAK KANAN ni ok?

Berbalik pada apa yang kita bincangkan tadi. Cuba tunjukkan FCS seberapa pantas yang anda mampu. Sekerap mana perlu anda tunjukkan kepada baby anda sebenarnya terpulang pada diri anda dan baby sendiri. Kalau saya tetapkan disini berapa kali patut anda tunjukkan pada baby untuk setiap sesi tapi masa tu mungkin baby anda dah mula mengantuk or meragam, so tak guna juga kalau still ikut kan? Jadi bergantung pada anda dan baby. Tapi kalau mood anda ok, mood baby pun tak kurang ok juga, saya suggest anda cuba buat untuk setiap sesi, paling kurang 2x. Maksudnya, untuk cth group of ABCs, anda cuba tunjukkan pada baby 2x pada setiap sesi. Harap anda faham apa yang cuba saya katakan ni. Dalam sehari pula, cuba untuk tunjuk FCS paling kurang pun 3 sesi. Anda kena faham disini, 3 sesi dan unutk setiap sesi, 2x, ok? Untuk saya dan baby saya, Ratu Damia, saya memang habiskan masa yang terlalu banyak tunjukkan FCS pada dia sejak dia berumur 2 bulan lagi. Setiap sesi biasanya saya akn buat 4 ke 5x, dan dalam sehari, saya akan buat tak kurang dari 10 sesi. Saya memang obsessed sikit ajar dia sejak kecil. Tapi walaupun begitu, seperti yang saya katakan tadi, mood baby kena ok ye? Saya tunjukkan kerap pada baby saya, moodnya masih ok dan  tak nampak terjejas sebab tu saya teruskan je sampai saya sendiri dah tak larat, lenguh tangan pegang FCS and naik kering tekak dok sebut satu-satu ayat or huruf.. Hehehe..

Tapi hasilnya memang menakjubkan.. Umur 12bulan, dia dah pandai baca ABCs phonics (saya mula dengan phonics, then baru ABCs). Umur dia 13 bulan, boleh baca ABCs, counting 1-10 dan backwards! Masa ni memang semua letters and numbers tu dia boleh baca randomly, bukan secara berturut je. Masa ni juga dia dah boleh point ke body parts dan baca wording tu. Seterusnya sehingga ke hari ni, dia dah boleh baca tak kurang 200 perkataan tak termasuk  Days, Months, Animals, Vehicles, Colors, Shapes, Arabic Letters, counting up to 50 (dengan pelat dia.. hehehe..). Terbaru, hari ni, dia boleh baca sifir 2. 1x2 - 12x2, Alhamdulillah, syukur pada Allah.. Waktu yang diperuntukkan untuk membolehkan dia membaca sifir ni, hanya 3 hari saja, Alhamdulillah.. Cara yang saya gunakan adalah seperti yang saya tuliskan diatas, FCS dan juga ditunjukkan secara Video yang saya hasilkan sendiri (untuk sifir masih dalam proses penghasilan untuk penjualan)

Masalah yang anda memang akan hadapi bila mula menunjukkan FCS ni.. Apa ye... Ok, yang anda takkan dapat lari, baby tak menunjukkan minat. Tak perlu risau, walau dia tak menunjukkan macam dia minat nak mendengar apa yang anda sebutkan dan tunjukkan, percayalah, sebenarnya dia menyimpan semua tu. Tapi janganlah sampai baby anda dah merayap ke hujung sofa, tapi anda masih duduk baca sengsorang. Kreatif sikit ek dalam usaha nak tarik baby anda fokuskan mata dia pada kad sewaktu anda membacakan kad tu.
Selain tu, baby sibuk nak makan kad. Hehehe.. Ratu Damia kalau nak dikumpulkan, saya rasa ada setengah keping kad dia makan kot.. Jadi, setakat baby gigit sikit-sikit, masuk dalam mulut, takpe.. Cuma kena perhati la ye.. Jangan pulak sampai cakap, takpe, baby makan kad tu bagi senang sikit nak ingat perkataan atas kad tu.. Ooo.. Tak patut... Dan memang perlu dielakkan..
Anda juga akan berhadapan dengan orang keliling (sometimes adik beradik kita) mengata.. Tah ape la si Kiah tu buat, anak gigi pun belum tumbuh, dah dok tala buku (FCS la tu..) Kadang benda-benda gini memalukan kita. Yelah, orang mengata kan.. Buat tak tau je k.. Kalau anda bermuka yang boleh tahan tebal, buat dekk je.. Kalau anda panas baran, Istighfar cecepat (hehe.. ingat saya nak cakap gi serang diorang ke?) Kalau anda memang takleh tahan dengan mulut orang, jangan bagi orang nampak anda ajar anak anda, ok? Buat la dalam bilik tidur ke.. Kat umah masa sanak sedara tak datang bertandang ke.. Ok?
Selain tu... Anda penat, tak larat, tak dapat nak tunjuk secara consistent, atau banyak juga yang terjadi, tersasul.. Yelah, kadang otak pikir ke lain, sebutnye jadi lain dari apa yang ditulis tu.. Ada juga tersasul sebab nak kena sebut lelaju kan.. Tambah yang wording anda buat tu bahasa Inggeris, jenuh nak membetulkan lidah, hehehe...
So cara yang last tu, boleh dikurangkan dengan buat pembelian DVD Read & Learn yang saya jual di FaceBook. Memang tak sehebat dvd lain yang berlambak di market, tapi dengan improvement anak saya bila watching it, saya highly recommend pada anda. Saya mula tunjukkan video yang saya hasilkan pada anak saya sejak dia berumur sekitar 6 bulan lagi. Memang jadi satu aktiviti wajib dia setiap hari dan saya pun dapatlah menyudahkan kerja-kerja saya sementara tu. Bila kerja saya dah siap, saya akan continue tunjukkan FCS pada dia. So berselang selilah apa yang saya tunjukkan pada dia =)



Kepada semua parents, jangan tunggu sehingga anak anda masuk sekolah tadika baru nak mula ajar, dengan harapan cikgu di sekolah akan dapat uruskan semua tu.. Kalau anda boleh mula awal dan menjadikan anak anda seorang yang bijak serta mampu membina keyakinan diri yang tinggi berbanding rakan-rakan sebaya di sekolah kelak, kenapa tidak anda mulakan dari awal? Kos yang anda perlukan untuk menghasilkan FCS ni mungkin sekitar RM10 ke RM15 (termasuk pen marker dan kad yang mampu anda hasilkan, takkan kurang seratus pcs. Jangan terlalu berkira untuk pembelajaran anak anda kerana anda hanya membawa anak anda berada di kedudukan 'selesa' yang anda sendiri reka cipta..

Saya tak menerima sebarang pembayaran untuk berkongsi tips percuma ini dengan anda. Jadi kepada sesiapa yang terasa dengan penggunaan bahasa, saya mohon maaf. Saya juga tak dapat halang anda jika anda rasa yang ini kali terakhir anda akan singgah dan membaca post saya. Saya cuma berkongsi ilmu, berkongsi cerita dan selebihnya terpulang pada anda untuk menafsirkan dan memulakan sesuatu. Akhir kata, salam Ramadhan buat semua pembaca. Sebarang pertanyaan, boleh inbox saya di Ratu Damia atau comment di RatuIQbabY. Sampai jumpa lagi!