CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 19 July 2011

HOT TIPS 1

BAYI Lebih Cepat BELAJAR Berbanding KANAK-KANAK!




Mungkin ada yang ketawa apabila membaca HOT TIPS 1 untuk blog ini. Bagaimanapun, pada yang sudah sedia maklum sudah pasti mereka akan bersetuju dengan apa yang akan saya kongsikan untuk Tips pertama ini.


Sebenarnya saya berhadapan dengan sedikit masalah didalam memilih Tips yang bersesuaian untuk dikongsikan kepada semua parents.. Terlalu banyak yang ingin saya kongsikan dan hampir kesemuanya penting hinggakan saya terconfuse sekejap untuk memilih  bahan mana yang patut saya tuliskan dahulu. Setelah meneliti, saya yakin parents semua patut memahami tentang keupayaan bayi mereka sebelum kita meneruskan ke tips-tips lain yang tidak kurang juga pentingnya.

Sebenarnya, anak-anak kita mempunyai kemampuan luar biasa yang kita sendiri tidak sedari. Kemampuan itu samada akan semakin berkembang seiring dengan usaha kita sebagai parents untuk mengembangkannya ataupun akan terhenti pada satu peringkat dan mereka akan membesar seperti kanak-kanak yang lain sekiranya tidak mendapat rangsangan secukupnya. 

Tempoh 6 bulan pertama adalah tempoh yang begitu menakjubkan didalam pertumbuhan otak bayi kita. Pada waktu ini bayi begitu mudah menyerap segala informasi yang kita serapkan kepada mereka. Tempoh usia bayi 6 bulan ke 3 tahun dan seterusnya dari 3 tahun ke 5 tahun juga merupakan tahun-tahun penting didalam perkembangan pertumbuhan otak si manja. Ini kerana bayi dilahirkan dengan 100 bilion sel otak yang kebanyakkannya belum berhubung antara satu dengan lain. Otak bayi berkembang pesat pada 3 tahun pertama dengan membina berjuta- juta hubungan diantara sel- sel otak. Perhubungan sel- sel inilah yang menyebabkan perkembangan dan proses pembelajaran berlaku bermula dari saat kelahiran. Ini kerana, selain dari hubungan sel otak yang telah berhubung secara sendiri (contoh: keupayaan untuk menangis, ketawa, membuka mata, menggoyangkan kaki dan tangan dsb), proses pembelajaran juga akan membuatkan sel otak berhubung dengan pantas. Jadi untuk lebih cepat menghubungkan sel- sel otak mereka, kita perlu membantu mereka didalam proses pembelajaran ataupun mempelajari sesuatu yang baru. Jika ini tidak terjadi, maka sel- sel otak yang masih belum dihubungkan itu akan hilang begitu saja! 

So saya harap Tips ini akan membantu parents di luar sana agar proses pembelajaran buat si manja dapat dilakukan seawal usia kelahiran lagi. Sentuhan dan percakapan dengan mereka walaupun mereka masih belum dapat membalas merupakan salah satu cara didalam memberi rangsangan buat mereka. Kalau dah habis idea nak bercakap apa pun tak tau, sentuh anggota badan mereka dan terangkan panggilan yang bersesuaian buat anggota- anggota tertentu. 

Have a good day and dont forget to visit RatuIQbabY soon for more Tips and Updates!

No comments:

Post a Comment